Sunday 19 June 2011

Ikhtiar..

Dalam hidup ini,apa yang aku inginkan,hampir semua aku dh ada.. Alhamdulillah,aku amat b'syukur dgn apa yg aku ada skrg. Keluarga yg menyayangi aku,suami yg sgt penyayang dan mengambil berat dan kwn2 yg selalu ada disaat aku memerlukan. Cuma skrg ini aku slalu mengimpikan hari2 aku dipenuhi gelak tawa dan tangisan seorg anak... masuk tahun ni dh 5 tahun usia perkahwinan aku dan suami. Masih belum ada lagi rezki kami untuk menimang cahayamata. Sebenarnya aku pernah hamil,tetapi rezki masih belum menyebelahi kami,anak yg aku kandungkan selama 6 bulan,terpaksa aku lahirkan pada masa itu kerana ketuban pecah secara tiba2.. kerana tidak cukup bulan,dan terlalu kecil,anak aku xdapat survive,dia hidup cuma 2 hari. Anak kesayanganku itu,aku namakan Adam Mikhail. Aku redha dgn pemergiannya,. Mungkin ada hikmah disebalik apa yg terjadi...

Sekarang,selepas setahun pemergian Adam,masih belum ada tanda2 aku hamil utk kali kedua. Sudah pelbagai iktiar aku dan suami lakukan,masih belum menampakkkan hasil. Terbaru,aku dan suami akan menjlnkn ujian kesuburan di hkl,. Sebelum ini aku dan suami cuma pergi buat rawatan secara tradisional,blom pernah rujuk ke hospital. Aku hrp,kali ini rezki memihak kepada kami. Memandangkan umur aku pn dh mencecah 30 tahun,aku risau kalau aku lambat2kn lg ikhtiar utk dpt anak ,mungkin lepas usia 30 makin susah untuk aku hamil nanti.

 

No comments:

Post a Comment